Date: Saturday, 26 June 2010
Time: 05:57
Title: huh.dasyat
assllamualaikum.
da lama juga si aku tidak write apa2 kt blog fwens ny an..
hhahahahaha..
bagi kamu2 sume.
fwens aku kali ini..sudah menjdi bengong atau lebih difahami..lebih terenjat.hahaha;D..sry ily fwens.
aku un skunk sudah single..tp kami bru sje tubuhkan perstuan brutal club.for the borth july and must single mingle not..cinte cintun ny..buang karan saja!huh..hahahahah....
korng aku benci sungguh dengan bebudak3..yang gaduh n nk amek perhatian je time abes koku..tah pape.
or nk jatuh kn public city..huh.dasyat...xkn pasal u all bf nk gaduh..ew..bagi aku itu sudah memalukan kerabat masing2 r..aduh~err.k r der..gua maw out dlu..dadadada,
Date: Saturday, 22 May 2010
Time: 05:29
Title: dari blog bukit katil melaka
"Dia baru saja bertengkar dengan kakaknya..dia kata , susah-susah sangat.. aku kerja bomba ajalah..kakak..Kakaknya kata..kerja bomba ,nanti terbakar...dia kata..tak pa..nanti aku pulak yang bakar,"begitulah yang sempat di ceritakan oleh nenek kepada adik Mohd Farid Amsyar Rosli 15 tahun yang menjadi mangsa mati lemas di Parit di Taman Air Keroh Height.Itulah ucapan terakhir yang sempat menjadi gurauan bagi adik Mohd Farid sebelum dia keluar pada petang itu. Dan siapa sangka , itu merupakan pemergian yang tidak akan kembali.
Bomba yang tiba di tempat kejadian menemui mayat Adik Mohd Farid Amsyar pada jam 7.15 malam , sepuluh minit selepas penemuan mayat sahabatnya, Mohd Iqbal Hafiz. Kedua-dua di jumpai mati lemas di Parit Air Keroh Height. Jenazah di sembahyangkan di Masjid Bukit Katil pada sebelah petang.
"Hari ini , saya kehilangan cucu dan anak buah sepupu sekaligus. Kedua-duanya di sembahyang di Masjid Bukit Katil tadi, talkin baca sama-sama. Kubur mereka sebelah-sebelah di Bukit Bayan, " begitulah ucapan yang sempat disebut oleh datuk kepada adik Farid sebaik kami hendak pulang. Kami turut terharu kerana kami baru saja dari menziarahi rumah Allahyahamah Khadijah , anak buah sepupunya.
Rupa-rupa kedua-dua jenazah yang di kebumikan pada hari itu ada ikatan pertalian. Cuma yang membezakan adalah umur. Seorang berusia 15 tahun dan seorang lagi berusia 62. Seorang meninggalkan dunia di Kuala Lumpur manakala seorang lagi di Melaka. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan.
Begitulah kehidupan. Hari silih berganti. Usia semakin tua. Yang pasti semuanya akan mati. Bersediakah kita untuk menghadapi hari pertama di ALAM BARZAKH
ps:"Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam".(Al baqarah:132)
Date: Thursday, 20 May 2010
Time: 22:56
Title: ty
Date:
Time: 06:45
Title: OTHER PICTURE

AIN,KIAH,AINNUR
Date: Wednesday, 19 May 2010
Time: 00:23
Title: BERITA HARIAN
Susulan Dua Pelajar Mati Lemas
Mohd Ali Kesal Longkang Tidak Diselenggara
AYER KEROH, 17 Mei- Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini melahirkan rasa kesal di atas tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang tidak menyelenggara parit di Taman Perindustrian Ayer Keroh dengan baik sehingga mengakibatkan dua pelajar mati lemas semalam.
Mohd Ali berkata, beliau telah mengarahkan semua PBT agar mengikut peraturan membina parit, khususnya di taman-taman perumahan dan kawasan perindustrian dan ia perlu diselenggara setiap masa.
"Setiap bulan mesti ada jurutera yang menyemak dan melapor apakah berlaku kerosakan bagi parit berkenaan agar kejadian seperti ini tidak berlaku.
"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga. Setelah melawat saya dapati penyelenggaraan parit ini adalah kurang baik kerana parit dulu dibina berlantaikan simen jadi sekarang simen itu sudah pecah dan oleh kerana itu kawasan ini menjadi dalam lebih kurang 5 kaki.
"Apabila arwah tergelincir dan tak pandai berenang, jadi kawan dia nak selamatkan. Dia tarik kawan dia dan dia lebih berat dari kawan dia yang nak diselamatkan, justeru kedua-dua jatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Mohd Ali berkata, sekiranya parit itu dibaiki semula, ia tidak akan menyebabkan tenggelam kerana tiada lubang.
Justeru Ketua Menteri akan meminta senarai parit-parit di negeri ini untuk dipantau dan diselenggara mengikut jadual.
Beliau turut meminta agar Yang Dipertua dan Datuk Bandar PBT lebih serius di dalam menangani isu-isu seumpama ini kerana Melaka kini bukan seperti dahulu ekoran Melaka telah banyak berubah dengan bertambahnya kawasan pembangunan.
Mohd Ali turut melahirkan rasa simpati ke atas dua keluarga pelajar yang mati lemas di parit itu petang semalam.
Mohd Ali berkata parit itu akan dikambus esok dengan batu besar dan disimen sepenuhnya seperti yang dilakukan sebelum ini.
"Kepada orang ramai khususnya anak-anak mereka, saya berpesan agar mereka juga perlu berhati-hati kerana malang tidak berbau walaupun kita telah ada prosedur, tetapi kerana kelemahan ia juga boleh mengakibatkan kemalangan.
"Saya akan bincang di dalam Mesyaurat Exco pada Rabu ini untuk memberi sedikit bantuan kepada keluarga mangsa. Duit sememangnya tiada bererti jika kehilangan orang yang dikasihi tetapi kita akan memberi sedikit sumbangan yang sewajaranya," katanya.
Mohd Ali turut menghulurkan sumbangan peribadi berjumlah RM500 kepada kedua-dua keluarga pelajar yang mati lemas itu.
Semalam, dua pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik Utama meninggal dunia setelah lemas di kawasan parti berkenaan kitakita jam 6 petang.
Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd Farid Hamshal, 15 yang tidak pandai berenang kelihatan sukar didalam air dan cuba dibantu oleh rakannya, Mohd Iqbal Hafiz, namun kedua-dua lemas dan mati ditempat kejadian. Mayat kedua-dua mangsa ditemui anggota bomba kira-kira jam 7.05 petang.
Date:
Time: 00:13
Title: DARI BERITA MELAKA HARI INI
.jpg)
Dua Remaja Lemas Mandi Di Tali Air
AYER KEROH, 16 Mei – Laungan azan Maghrib yang berkumandang membantu anggota bomba dan penyelamat menemui dua remaja lemas selepas 45 minit usaha mencari dijalankan di sebatang tali air berhampiran Taman Ayer Keroh Heights, petang tadi.
Mangsa dikenali sebagai Mohamad Farid Hamshal Rosli dan Mohamad Iqbal Hafiz Norzihan, kedua-duanya berusia 15 tahun, merupakan murid Sekolah Menengah Taman Tasik Utama, di sini.
Mangsa bersama dua orang lagi rakan sebaya mereka, Mohamad Abu Bakar dan Mohamad Firdaus Majis, dikatakan datang ke kawasan terbabit untuk mandi apabila Mohd Farid Hamshal dipercayai menghadapi kesukaran dalam kejadian kira-kira jam 6 petang.
Melihat keadaan itu, Mohd Iqbal Hafiz cuba membantu namun beliau turut menghadapi kesukaran kemudian lemas.
Menurut Penolong Penguasa Bomba Negeri, Baharum Mohd Hashim, pihak bomba menerima panggilan dari polis pada 6.13 petang dan tiba di tempat kejadian jam 6.19 petang.
“Dua anggota menggunakan kaedah ‘space’ atau permukaan dengan tali untuk mencari mangsa,” katanya, sambil menambah sebuah jentera dengan 12 anggota terbabit dalam operasi berkenaan.
Mangsa pertama, Mohd Farid Hamshal berjaya ditemui kira-kira jam 7.05 malam manakala mayat Mohd Iqbal Hafiz ditemui 10 minit kemudian.
Mayat mereka kemudian dihantar ke Hospital Melaka (HM) untuk dibedah siasat.
Sementara itu, saksi, Abdul Mutalib Latip, 24, yang terdengar jeritan dua rakan mangsa terus ke tempat kejadian bersama seorang rakan.
“Setibanya di tempat kejadian, saya memandang ke arah parit dan melihat dua remaja lelaki sedang duduk termenung sambil memandang ke dalam parit.
“Apabila ditanya mereka memberitahu dua rakan telah lemas dan saya terus ke balai polis Ayer Keroh untuk buat laporan sebelum kembali bersama anggota polis,” katanya yang juga jiran kepada mangsa.
Date: Tuesday, 18 May 2010
Time: 02:12
Title: edit bru