<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/760225088936774780?origin\x3dhttps://bestfrans10.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Today Was A Fairytale.
NADYA,HANYS,AIN,AINNUR,MASHI

Profile


Hello, I'm Miss imperfect. I may not be the most attractive girl in class, my hair is always out of place and I have always been getting a F for Maths. Although I'm imperfect, I love my life and my craziest friends. I guess I just love being imperfect - Your profile here :D

"Someday, your prince charming will appear. Mine just took a wrong turn, got lost, and was too stubborn to ask for directions."

Msn|B.skins|Tumblr|F.book|Plurk|Private|Previous


NEEDCOMMENT



FRIENDSBLOG

NADIA
WHATEVER
SYAZA
SAFIA
EKIN
FADILLAH(F0RM 2)
KAK PU3
IMANINA(FRM2)
Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend

visiterBLOGS

hit counter
hit counter


TOSAY


album frans

TAKEN ANAS

TAKEN JEFF HADR

nothing to display
TAKEN BLACK

m
TAKEN OPAI

TAKEN BAD

Date: Wednesday, 19 May 2010
Time: 00:23
Title: BERITA HARIAN


Susulan Dua Pelajar Mati Lemas
Mohd Ali Kesal Longkang Tidak Diselenggara

AYER KEROH, 17 Mei- Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini melahirkan rasa kesal di atas tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang tidak menyelenggara parit di Taman Perindustrian Ayer Keroh dengan baik sehingga mengakibatkan dua pelajar mati lemas semalam.

Mohd Ali berkata, beliau telah mengarahkan semua PBT agar mengikut peraturan membina parit, khususnya di taman-taman perumahan dan kawasan perindustrian dan ia perlu diselenggara setiap masa.

"Setiap bulan mesti ada jurutera yang menyemak dan melapor apakah berlaku kerosakan bagi parit berkenaan agar kejadian seperti ini tidak berlaku.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga. Setelah melawat saya dapati penyelenggaraan parit ini adalah kurang baik kerana parit dulu dibina berlantaikan simen jadi sekarang simen itu sudah pecah dan oleh kerana itu kawasan ini menjadi dalam lebih kurang 5 kaki.

"Apabila arwah tergelincir dan tak pandai berenang, jadi kawan dia nak selamatkan. Dia tarik kawan dia dan dia lebih berat dari kawan dia yang nak diselamatkan, justeru kedua-dua jatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Mohd Ali berkata, sekiranya parit itu dibaiki semula, ia tidak akan menyebabkan tenggelam kerana tiada lubang.

Justeru Ketua Menteri akan meminta senarai parit-parit di negeri ini untuk dipantau dan diselenggara mengikut jadual.

Beliau turut meminta agar Yang Dipertua dan Datuk Bandar PBT lebih serius di dalam menangani isu-isu seumpama ini kerana Melaka kini bukan seperti dahulu ekoran Melaka telah banyak berubah dengan bertambahnya kawasan pembangunan.

Mohd Ali turut melahirkan rasa simpati ke atas dua keluarga pelajar yang mati lemas di parit itu petang semalam.

Mohd Ali berkata parit itu akan dikambus esok dengan batu besar dan disimen sepenuhnya seperti yang dilakukan sebelum ini.

"Kepada orang ramai khususnya anak-anak mereka, saya berpesan agar mereka juga perlu berhati-hati kerana malang tidak berbau walaupun kita telah ada prosedur, tetapi kerana kelemahan ia juga boleh mengakibatkan kemalangan.

"Saya akan bincang di dalam Mesyaurat Exco pada Rabu ini untuk memberi sedikit bantuan kepada keluarga mangsa. Duit sememangnya tiada bererti jika kehilangan orang yang dikasihi tetapi kita akan memberi sedikit sumbangan yang sewajaranya," katanya.

Mohd Ali turut menghulurkan sumbangan peribadi berjumlah RM500 kepada kedua-dua keluarga pelajar yang mati lemas itu.

Semalam, dua pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik Utama meninggal dunia setelah lemas di kawasan parti berkenaan kitakita jam 6 petang.

Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd Farid Hamshal, 15 yang tidak pandai berenang kelihatan sukar didalam air dan cuba dibantu oleh rakannya, Mohd Iqbal Hafiz, namun kedua-dua lemas dan mati ditempat kejadian. Mayat kedua-dua mangsa ditemui anggota bomba kira-kira jam 7.05 petang.